Rekaan Samsung Galaxy Watch9 dipercayai hampir sama dengan Galaxy Watch8 termasuk komponen sensor di bahagian belakang. Dari segi rupa, memang tidak banyak perubahan drastik yang dapat dilihat sebagaimana yang ditunjukkan melalui beberapa imej tular.

Namun begitu, kali ini Samsung membuat perubahan besar pada bahagian dalaman dengan menukar pemproses kepada Qualcomm Snapdragon Wear Elite dan tidak lagi menggunakan cip Exynos W1000 (3 nm). Langkah ini dijangka memberikan prestasi yang lebih baik, penggunaan bateri yang lebih efisien serta menjadi satu peningkatan ketara berbanding siri jam tangan sebelum ini.


Dalam masa yang sama, penggunaan Snapdragon Wear Elite juga boleh dianggap sebagai satu naik taraf besar kerana sebelum ini cip Exynos sering dikritik kurang berkuasa untuk peranti boleh pakai. Dengan perubahan ini, Galaxy Watch9 dijangka menawarkan pengalaman yang lebih lancar dan tahan lama.

Selain itu, jam tangan ini akan hadir dalam dua saiz iaitu 40mm dengan pilihan warna Cream dan Graphite serta 44mm dengan pilihan warna Silver dan Graphite. Samsung juga akan menawarkan model Bluetooth dan LTE namun sekali lagi dipercayai tiada versi 5G yang diberikan. Untuk gaya lebih peribadi pula, pelbagai pilihan warna band akan disediakan bagi membolehkan pengguna menggayakan jam mengikut cita rasa masing-masing.




