Rekaan Samsung Galaxy Watch6 Dan Watch6 Classic Turut Tertiris

TechnologyDigital
17 Jun 2023 • 8:16 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dengan Samsung Unpacked akan berlangsung pada penghujung bulan Julai ini, produk-produk yang akan dilancarkan mula tertiris seperti Z Fold5 dan Z Flip5 semalam. Pagi ini rekaan Samsung Galaxy Watch6 dan Watch6 Classic pula tertiris menerusi laman Winfuture.

image is not available

Seperti ura-ura sebelum ini, bezel berputar dikembalikan pada Watch6 Classic yang juga masih mengekalkan dua butang kawalan fizikal pada sisi kanan. Rekaan tali jam dari jenis silikon dengan penyangkut standard turut dikekalkan. Pada Watch6 pula, rekaan mirip Watch5 tanpa sebarang perubahan drastik.

image is not available

Samsung menggunakan templat Apple Watch yang tidak melakukan perubahan besar pada luaran dengan kemas kini hanya dilakukan pada komponen dalaman. Tahun ini pada siri Watch6 ciri pengesanan AFib dimana ritma jantung tidak sekata akan diperkenalkan buat pertama kali.

image is not available

image is not available