Samsung sebelum ini dilaporkan akan melancarkan telefon skrin lipat jenis buku dengan skrin yang lebar tahun ini. Rekaan Huawei Pura X akan dijadikan inspirasi dengan tujuan utama Samsung menghasilkan peranti ini ialah bagi menawarkannya lebih awal daripada Apple yang turut dipercayai akan menawarkan peranti yang sama.

Imej pengolokan di atas dihasilkan oleh OnLeaks dan Android Headlines dengan ia berasaskan lukisan CAD yang telahpun tertiris. Peranti mempunyai skrin luar 5.4″ yang lebih lebar daripada biasa dan skrin dalaman 7.6″ apabila dibuka mempunyai nisbah 4:3. Ini menjadikan peranti yang dipercayai akan menggunakan nama Galaxy Z Fold8 Wide ini lebih mirip sebuah tablet mini.
Di belakang hanya dwi-kamera sahaja digunakan dipercayai kombinasi lensa sudut lebar 200MP dipadankan dengan lensa ultra lebar 12 atau 50MP. Bonggol kamera berbentuk bujur digunakan sekali lagi seperti Z Fold7. Samsung Galaxy Z Fold8 Wide dan Samsung Galaxy Z Fold8 dijangka dilancarkan sekitar September depan.


