Rekaan Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra, Z Fold8 dan Z FLip8 Tertiris

TechnologyDigital
9 Jul 2026 • 9:37 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tiga peranti lipat Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra, Z Fold8 dan Z Flip8 akan dilancarkan di London pada 22 Julai depan dalam acara Galaxy Unpacked. Pelbagai ura-ura mengenai ketiga-tiga peranti ini telah tertiris dan hari ini imej promosi rasmi peranti telah tertiris menerusi laman Android Headlines.

Image from: Rekaan Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra, Z Fold8 dan Z FLip8 Tertiris

Kita mulakan dengan Z Fold8 Ultra yang merupakan peranti paling mercu di sini. Ia mengekalkan rekaan Z Fold7 tahun lalu yang nipis serta skrin luar yang lebih memanjang sebesar 6.5″ dan skrin dalaman pula sebesar 8″. Ia menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 5, memori 12GB RAM dan bateri sebesar 5000 mAh dengan sokongan pengecasan 45W.

Ini meletakkan kapasiti bateri Z Fold8 Ultra sama dengan S26 Ultra, pengecasan lebih pantas berbanding 25W tahun lalu tetapi ia masih lebih perlahan berbanding 60W pada S26 Ultra. Kamera utama menggabungkan lensa sudut lebar 200MP, sudut lebar 50MP dan telefoto 10MP denan zum 3X.

Image from: Rekaan Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra, Z Fold8 dan Z FLip8 Tertiris

Galaxy Z Fold 8 pula mempunyai skrin luar lebar sebesar 5.5″ dengan nisbah 16:10 dan skrin dalam sebesar 7.6″ dengan nisbah 4:3. Ia juga dilengkapi cip Snapdragon 8 Gen 5, memori 12GB RAM, storan sehingga 1TB dan bateri sebesar 4800 mAh dengan pengecasan hanya 25W. Tiada maklumat mengenai spesifikasi kamera diketahui pada waktu ini.

Image from: Rekaan Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra, Z Fold8 dan Z FLip8 Tertiris

Akhir sekali Z Flip8 dilengkapi skrin dalam 6.9″ dan skrin luar 4.1″ dipadankan dengan pemproses Exynos 2600 atau Snapdragon 8 Elite Gen 5. Cip berbeza akan digunakan mengikut pasaran. Ini dipadakan pula dengan memori 12GB RAM dan bateri 4300 mAh yang sekali lagi mengekalkan pengecasan 25W sahaja.

Adalah dijangka spesifikasi kamera juga sama iaitu lensa sudut lebar 50MP dan lensa ultra lebar 12MP. Di hadapan pula terdapat kamera 10MP. Spesifikasi lengkap ketiga-tiga peranti akan diketahui selepas peranti dilancarkan dalam masa kurang dua minggu sahaja lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved