Rekaan Siri Honor 600 Diperlihatkan – Akan Dilancarkan Di Malaysia

LocalTechnology
9 Apr 2026 • 10:28 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Honor secara rasmi memperlihatkan rekaan Honor 600 dan Honor 600 Pro yang akan memasuki pasaran Malaysia dalam masa terdekat. Sebelum ini hanya sedikit rekaan panel belakang diperlihatkan tetapi hari ini panel belakang, bonggol kamera dan konfigurasi kamera dapat dilihat dengan jelas.

image is not available

Bonggol belakang yang besar adalah sama dengan yang digunakan pada Honor Power 2 yang tidak dipasarkan di Malaysia. Tri-kamera pada model 600 Pro mempunyai dua lensa bulat dan satu lensa bujur untuk sistem kamera telefoto.

Pada model 600 biasa hanya dua kamera disertakan. Honor mengesahkan kamera utama menggunakan sensor 200MP dengan penstabilan imej CIPA 6.5 serta zum 120x. Warna yang diperlihatkan ialah Golden White sahaja setakat ini. Malaysia akan menjadi negara terawal menerima peranti ini selepas ia dilancarkan kelak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved