Rekaan Xiaomi 17 Pro Max Diperlihatkan Dengan Skrin Sekunder

TechnologyDigital
16 Sep 2025 • 2:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Xiaomi 17, 17 Pro dan 17 Pro Max akan dilancarkan bulan ini dengan ia juga menjadi peranti pertama menggunakan cip baharu Snapdragon 8 Elite Gen 5. Dengan pelancaran semakin hampir, Xiaomi berkongsi video acah yang mendedahkan rekaan peranti ini.

image is not available

Ia mempunyai bonggol kamera berkotak dan dilengkapi skrin sekunder di bahagian belakang. Pasti ada yang akan menuduh Xiaomi meniru rekana iPhone 17 Pro Max tetapi hakikatnya penggunaan “dataran kamera” yang besar telah digunakan Xiaomi 11 Ultra terlebih dahulu pada tahu 2021 dengan ia juga mempunyai skrin sekunder.

image is not available

Dapat dilihat penggunaan sistem lensa Leica, widget pada skrin sekunder dan rekaan tubuh berkotak. Tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum Xiaomi 17 Pro Max dilancarkan maka pastinya lebih banyak maklumat mengenainya akan diketahui.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved