Sony Xperia 10 VII Kini Rasmi – Skrin 120Hz, Snapdragon 6 Gen 3 dan Bateri 5000 mAh

TechnologyDigital
12 Sep 2025 • 1:48 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Rekaan ikonik Google Nexus 6P menjadi inspirasi kepada rekaan palang kamera pada siri Pixel. Kini rekaan Pixel juga telah dipinjam oleh iPhone Air yang dilancarkan dua hari lalu. Selepas rekaannya tertiris semalam, Sony Xperia 10 VII akhirnya dilancarkan secara rasmi dengan ia turut menggunakan rekaan palang kamera besar di bahagian belakang peranti.

image is not available

Dua kamera di belakang peranti disusun mendatar dalam palang kamera yang besar. Lebih tepat untuk mengatakan bonggol kamera Xperia 1 VII diputarkan 90 darjah dan dibesarkan 100%. Ini ialah perubahan drastik daripada Sony yang sekian lama memilih untuk mempunyai identiti tersendiri.

image is not available

Peranti dilengkapi skrin 6.1″ OLED 120Hz yang merupakan peningkatan berbanding 60Hz sahaja pada Xperia 10 VI. Skrin dipadankan dengan cip Snapdragon 6 Gen 3, memori sebesar 8GB RAM, storan 128GB, bateri 5000 mAh. Storan boleh ditambah sehingga 2TB menggunakan kad microSD.

image is not available

Kamera utama adalah gabungan 50+13 MP dan kamera swafoto pula 8MP. Tubuh peranti dilengkapi butang kamera di sisi kanan, bicu audio 3.5mm, speaker stereo dan melepasi piawaian IP68. Sistem operasi yang digunakan ialah Android 15 dengan ciri Circle to Search dan Google Gemini. Sony menawarkan kemas kini 4 versi Android dan 6 tahun tampalan sekuriti.

Peranti ditawarkan dalam warna hijau, putih dan hitam pada harga €449 (~RM 2213) sebuah.