Rekod Dunia Menyelesaikan Kiub Rubik Terpantas Kini Ialah 0.305 Saat

TechnologyDigital
23 May 2024 • 2:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kiub Rubik sudah wujud hampir 50 tahun. Ketika dekad 80an ia adalah permainan paling hangat di pasaran kerana memerlukan otak yang bergeliga untuk menyusun semula kiub dengan warna yang betul. Sehingga ke hari ini saya tidak mampu menyelesaikan kiub ini kerana tidak mempunyai kesabaran.

Hari ini Rekod Buku Guinness mengumumkan rekod dunia menyelesaikan kiub teka teki Rubik kini dipegang oleh Mitsubishi Electronics. Robot yang dihasilkan Mitsubishi menyelesaikan kiub dalam masa hanya 0.305 saat. Ini adalah lebih pantas berbanding masa purata 0.4 saat untuk manusia mengelipkan mata.

Rekod dunia menyelesaikan kiub oleh manusia dipegang oleh Max Park dari Amerika Syarikat. Beliau mengambil masa 3.13 saat untuk menyelesaikan kiub 3x3x3 pada 11 Jun 2023. Robot Mitsubihi boleh melakukan tugas yang sama lebih 10 kali lebih pantas.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved