Rekod Dunia Pertunjukan Dron Terbesar Dicatatkan Di Amerika Syarikat

TechnologyDigital
6 Jul 2023 • 8:31 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pertunjukan lampu menggunakan dron semakin popular dengan ia dapat dilihat pada acara sukan seperti Superbowl. Ia bukan sahaja memberikan elemen persembahan baharu tetapi dilihat sebagai alternatif lebih mesra alam berbanding pertunjukan mercu. Pada 4 Julai lalau sempena hari kemerdekaan Amerika Syarikat, rekod dunia pertunjukan dron terbesar telahpun dicatatkan.

Sebanyak 1002 dron terlibat dalam pertunjukan selama 10 minit. Rekod yang dicatatkan di Texas ini dikelolakan oleh firma Sky Elements Drone dengan ia disahkan oleh Guinness Book of World Records. Dalam pertunjukan dron digunakan untuk membentuk angkasawan, babak penting dalam sejarah A.S dan turut berubah bentuk menjadi tiga pesawat tempur.