Rekod Imigresen Sahkan Nadia Kesuma Sudah Keluar Dari Lapangan Terbang Jeddah

LocalEntertainment
17 Jan 2026 • 3:58 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Wisma Putra mengesahkan pelakon Nadia Kesuma telah meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah, selepas sebelum ini dilaporkan gagal dikesan.

Pengesahan terut dibuat Menteri Luar, Mohamad Hasan, berdasarkan semakan rekod keluar masuk Jabatan Imigresen Arab Saudi hasil pencarian yang turut membabitkan Konsulat Malaysia di negara berkenaan.

Menurut beliau, laporan polis akan dibuat selepas proses pencarian dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) selama kira-kira 20 jam.

Rekod menunjukkan beliau telah keluar dari lapangan terbang Jeddah. Proses pencarian telah dijalankan mengikut SOP dan tindakan susulan akan diambil,” katanya.

Terdahulu, Nadia dilaporkan tidak dapat dihubungi selepas penerbangannya dari Kuala Lumpur ke London yang transit di Jeddah pada Khamis lalu.

Dalam pada itu, suami pelakon berkenaan sebelum ini merayu kerajaan Malaysia agar menggerakkan usaha diplomatik dengan Arab Saudi bagi mempercepatkan pencarian isterinya.

Ahli keluarga Nadia juga difahamkan telah membuat laporan kepada Wisma Putra dan Konsulat Malaysia di Jeddah.

Mereka menyifatkan kedua-dua agensi itu banyak membantu serta memberi panduan sepanjang tempoh pencarian dijalankan.

Sumber: Berita Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.