Rekod Kelajuan Internet Terpantas Dunia Kini 22.9 petabit/s – 22 Kali Ganda Keseluruhan Data Trafik Internet Global

TechnologyDigital
4 Dec 2023 • 1:33 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Menurut laporan Ookla awal bulan lalu, kelajuan internet 5G di Malaysia ialah yang ketiga terpantas di dunia dengan ia mencecah purata 485.25 Mbps. Ini ialah kelajuan yang hanya lima tahun lalu dianggap sebagai mustahil. Namun begitu rekod kelajuan internet terpantas dunia kini adalah 47,216,494 kali ganda lebih pantas!

image is not available

Rekod kembali ke tangan National Institute of Information and Communications Technology (NICT) di Jepun selepas berjaya memindahkan data pada kelajuan 22.9 petabit/s (Pbps). Peningkatan yang amat tinggi berbanding rekod terdahulu 1.84 Pbps milik Technical University of Denmark (DTU) dan Chalmers University of Technology yang dicatatkan tahun lalu. Dengan kelajuan 22.9 Pbps, keseluruhan trafik data internet dunia sekarang (0.997 Pbps) dapat dilakukan lebih 22 kali sesaat.

image is not available

Jumlah data yang besar ini dipindahkan menerusi kabel dengan 38 teras gentian kaca. Secara teorinya sistem yang sama boleh mencapai kelajuan 24.7 Pbps menerusi pengoptimasian serta mengurangkan kesilapan ketika isyarat dihantar.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved