Rekod Pemandu Maut Tinggi Punca Tesla Dinobat Kereta Paling Bahaya?

LocalCars
28 Dec 2024 • 10:03 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, difahamkan kereta kenderaan elektrik (EV) yang terkenal iaitu Tesla telah dinobatkan sebagai kenderaan yang paling bahaya di Amerika Syarikat biarpun syarikat terbabit sering promosi ciri keselamatan yang canggih.

image is not available

Data kemalangan yang didapatkan melalui Sistem Pelaporan Analisis Kemalangan Maut (FARS) melibatkan model kereta untuk tahun 2018 hingga 2022 yang mengakibatkan kemalangan maut, sekurang-kurangnya satu.

Hasil kajian mendapati Tesla merupakan jenama kereta yang mencatat kadar maut tertinggi jika hendak dibandingkan dengan jenama kereta lain yang ada di Amerika Syarikat.

image is not available

Untuk tempat kedua pula jenama kereta Kia, di mana kadar kemalangan maut 5.5 diikuti, Buick (4.8), Dodge (4.4) dan Hyundai (3.9).

Terdapat dua model Tesla yang tersenarai dalam kenderaan paling bahaya di AS iaitu Tesl Model Y dan Tesla Model S.

image is not available 3 weeks ago

Tesla Bakal Keluarkan Telefon Pintar Pertama? Ini Jawab Elon Musk - "Kami Terpaksa.."