Rektor UIAM Osman Bakar dinobat Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan

17 Jun 2026 • 12:42 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Rektor UIAM Osman Bakar dinobat Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan
Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah (tengah) yang juga Sultan Perak berkenan bergambar bersama penerima anugerah Tokoh Ma'al Hijrah Prof Datuk Dr Osman Bakar (dua, kiri) dan Dr Ahmad Al-Raysuni (dua, kanan) pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1448H/2026M di Masjid Putra hari ini.

PUTRAJAYA - Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Emeritus Datuk Dr Osman Bakar dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan pada majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1448/2026 di Masjid Putra di sini hari ini.

Pada majlis sama, pakar fiqah Islam dari Maghribi Dr Ahmad Al-Raysuni diumum sebagai Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa.

Anugerah berkenaan disampaikan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang berkenan mengurniakan wang tunai, trofi dan sijil penghargaan kepada dua tokoh berkenaan.

Majlis sambutan tahun ini bertemakan ‘MADANI Dihayati, Ummah Diberkati’.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof bersama isteri Datin Ruziah Mohd Tahir serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan. - Bernama