Reliacraft Dagangan buka premis 3S Milwaukee pertama di Kedah, fokus pasaran utara

LocalBusiness & Finance
11 Aug 2025 • 12:06 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Reliacraft Dagangan buka premis 3S Milwaukee pertama di Kedah, fokus pasaran utara

image is not available

11/08/2025 - 12:06

Pusat 3S Milwaukee yang terletak di Persiaran BLM 6/2, Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani, Kedah. Oleh Zaki Salleh

SUNGAI PETANI 11 Ogos - Reliacraft Dagangan Sdn. Bhd. (Reliacraft Dagangan) membuka premis jualan, pameran dan servis perkakasan tangan jenama Milwaukee di Sungai Petani.

Ini menjadikannya sebagai pusat 3S Milwaukee pertama seumpamanya di negeri Kedah yang terletak di Persiaran BLM 6/2, Bandar Laguna Merbok.

Sungai Petani dipilih kerana kedudukannya yang strategik sebagai pusat industri dan pembangunan pesat di utara Kedah selain mudah diakses pelanggan dari Pulau Pinang, Perlis serta utara Perak.

Ketua Pegawai Eksekutif Reliacraft Dagangan, Muhammad Syazwan Nazmi Mohd Firdaus berkata, pembukaan premis ini merupakan langkah strategik bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat sektor industri, kontraktor dan pengguna profesional.

image is not available
Pembukaan premis 3S Milwaukee merupakan langkah strategik Reliacraft Dagangan bagi memenuhi permintaan semakin meningkat sektor industri, kontraktor dan pengguna profesional.

Menurut beliau, sebelum ini tiada premis rasmi Milwaukee di Kedah yang menawarkan perkhidmatan lengkap termasuk jualan, servis dan alat ganti.

“Permintaan pengguna terhadap produk perkakasan dan alat kuasa profesional menyaksikan kita membuka pusat 3S Milwaukee di utara tanah air.

“Kebanyakan pengguna hanya bergantung kepada pembelian dalam talian atau daripada pengedar kecil yang tidak menyediakan kemudahan selepas jualan.

“Premis baharu ini menawarkan pengalaman menyeluruh kepada pelanggan, termasuk ruang pameran produk terkini Milwaukee, ruang demo untuk menguji peralatan secara langsung, serta khidmat konsultasi teknikal oleh staf bertauliah.

image is not available
Perkakasan Milwaukee menjadi pilihan khususnya dalam kalangan tukang, kontraktor, juruteknik dan pekerja industri binaan.

image is not available

“Kemudahan mesra pelanggan turut disediakan seperti bilik menunggu berhawa dingin dan suasana ruang niaga yang selesa.

“Kami telah membuat pelaburan besar dalam penyediaan fasiliti, peralatan servis dan latihan kakitangan bagi memastikan perkhidmatan di premis ini memenuhi standard antarabangsa yang ditetapkan oleh Milwaukee,” ujar Muhammad Syazwan kepada DagangNews.

Milwaukee merupakan jenama perkakasan dan alat kuasa yang terkenal di seluruh dunia, khususnya dalam kalangan tukang, kontraktor, juruteknik, dan pekerja industri binaan.

Beliau turut menjelaskan bahawa Reliacraft Dagangan komited untuk memperkukuh kehadiran jenama Milwaukee di kawasan utara melalui perancangan jangka panjang.

image is not available

image is not available

Antara perancangan masa hadapan termasuk membuka cawangan tambahan di Alor Setar, Kulim dan Langkawi, bergantung kepada sambutan pelanggan.

“Kita juga merancang menjalinkan kerjasama strategik dengan institusi latihan teknikal seperti Institut Kemahiran Mara (IKM) dan Institut Latihan Perindustrian (ILP).

“Ini bagi menyokong pembangunan tenaga kerja mahir serta memberikan latihan teknikal berkaitan produk Milwaukee.

“Reliacraft Dagangan meletakkan sasaran untuk menjadi pusat rujukan utama bagi penyelesaian perkakasan tangan profesional di utara Malaysia, selaras dengan pertumbuhan industri dan keperluan pengguna tempatan,” ujarnya. - DagangNews.com

standard