
Satu video mengejutkan tular di media sosial memaparkan seorang kanak-kanak yang didakwa berumur 13 tahun membuat cubaan membunuh bersenjata terhadap pemandu e-hailing.
Dalam kejadian yang dikatakan berlaku di Sungai Petani, Kedah, dapat dilihat kanak-kanak lelaki itu mengeluarkan sebilah pisau dan menikam pemandu setelah kereta diberhentikan.
Bagaimanapun, menurut individu yang mendakwa dirinya menantu mangsa melaporkan, kanak-kanak itu telahpun dicekup pihak berkuasa dan kini sedang berada di balai polis.
Menantu mangsa juga mendedahkan tiada sebarang kecederaan yang berlaku ke atas bapa mentuanya dalam kejadian mengejutkan berkenaan.
Budak lagi ni berani cubaan untuk tikam orang, kejadian di sg petani kedah. Viralkan sampai kena tangkap
— ?? (@localrkyt) November 27, 2023
pic.twitter.com/F6AS0AqmzN
BERITA TRENDING: Netizen Jijik Suami Tawar Servis Seks Dengan Isteri, Bertukar-Tukar Pasangan! - "PDRM Mohon Siasat"



