Remaja 14 Rempuh 2 Kereta, Mujur Tiada Yang Mati

LocalCars
17 Sep 2026 • 5:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Remaja 14 Rempuh 2 Kereta, Mujur Tiada Yang Mati

image.png

Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun ditahan polis selepas bertindak memandu kereta secara melulu, sehingga merempuh dua kenderaan, dan melawan arus di Taman Chai Leng, Perai, Pulau Pinang, semalam

Kejadian itu turut tular di media sosial.

Kemalangan berlaku apabila sebuah kereta dipandu remaja itu dari Lorong Kurau 23 menuju ke Jalan Kurau 1 merempuh sebuah kereta yang diletakkan di bahu jalan.

Pemandu itu kemudian meneruskan perjalanan sebelum dipercayai memasuki laluan sehala secara melawan arus di Lebuh Kurau 5 dan merempuh sebuah lagi kereta yang sedang bergerak di laluan yang betul,

Tiada Kecederaan 

image.png

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Aminuddin Raja Abdullah mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kes itu pada jam 8.47 malam hari yang sama.

Beliau memaklumkan tiada sebarang kecederaan dilaporkan walaupun ketiga-tiga kenderaan yang terlibat mengalami kerosakan teruk akibat rempuhan tersebut.

Kes Disiasat Mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987

Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut selepas mengesan video tular yang memaparkan aksi mencemaskan itu di media sosial.

Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana kesalahan memandu secara melulu dan membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved