Remaja 14 Tahun Hilang Sejak Selasa Ditemui Selamat, Rupanya Lepak Di Rumah Kawan Bermain ‘Game’ PS2

LocalGaming
11 Nov 2024 • 12:57 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Melayu di Kluang telah ditemukan dalam keadaan selamat.

Muhammad Syawal Abdullah, 14, ditemui awal pagi Ahad dan menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, sepanjang dia dikhuatiri hilang, remaja terbabit berada di rumah rakannya di kampung yang sama.

Pada jam 3.30 pagi, remaja lelaki itu telah dilihat oleh ibu dan ayahnya berada di rumah mereka. Anaknya itu memberitahu dia berada di rumah kawannya untuk lepak dan bermain permainan PlayStation PS2.

image is not available

Gambar hiasan

Apabila ditanya, remaja itu berkata dia ada pulang ke rumah hanya untuk mandi dan makan namun pada waktu ibu bapanya tiada di rumah.

Terdahulu, polis dilaporkan sedang mencari remaja dilaporkan hilang oleh ibunya dan kali terakhir dilihat, dia berada di rumah jam 7.30 pagi hari Selasa.

Muhammad Syawal tidak ditemui meskipun sudah dicari oleh ahli keluarga di rumah saudara mara, jiran tetangga dan rakan.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 months ago

Hilang Hampir 3 Jam, Kanak-Kanak Perempuan Rupanya Tersalah Turun Lif Ketika Pulang Mengaji