Remaja 14 Tahun Pandu Kereta Lawan Arus Hingga Sebabkan Kemalangan, Rempuh 2 Kenderaan

LocalCars
17 Sep 2026 • 9:30 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Remaja 14 Tahun Pandu Kereta Lawan Arus Hingga Sebabkan Kemalangan, Rempuh 2 Kenderaan

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Semalam (16 September), tular di media sosial video memaparkan seorang remaja ditahan dan dimarahi oleh orang awam.

Menerusi video tular, kelihatan remaja berkenaan berada di tempat duduk pemandu kereta jenis Inokom Atos dengan keadaan cermin belakang kereta yang pecah dan dikelilingi orang ramai.

Malah, turut terdapat sebuah kereta Perodua Myvi yang mengalami kerosakan pada bahagian hadapan dipercayai dilanggar oleh remaja terbabit.

Video itu nyata mendapat perhatian hingga menimbulkan persoalan dalam kalangan warganet.

Remaja Bawah Umur Pandu Kereta Lawan Arus, Sebabkan Kemalangan Di 2 Lokasi Berbeza

Terbaharu, polis mengesahkan video tular yang memaparkan remaja 14 tahun memandu kereta sehingga menyebabkan dua kemalangan di lokasi berasingan di Taman Chai Leng, Perai, Pulau Pinang itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Aminuddin Raja Abdullah, remaja terbabit merempuh sebuah kereta yang diparkir pada bahu jalan sebelum meneruskan perjalanan.

Kenderaan itu kemudiannya dipercayai dipandu melawan arus sehingga merempuh sebuah lagi kereta dalam kejadian yang berlaku pada Selasa (15 September) jam 4.50 petang.

Jelas Nik Aminuddin, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan pada jam 8.47 malam hari yang sama.

Malah, polis turut mengesan video tular yang memaparkan insiden terbabit.

“Kemalangan berlaku apabila sebuah kereta dipandu remaja itu dari Lorong Kurau 23 menuju ke Jalan Kurau 1 merempuh sebuah kereta yang diletakkan di bahu jalan.

“Pemandu itu kemudian meneruskan perjalanan sebelum dipercayai memasuki laluan sehala secara melawan arus di Lebuh Kurau 5 dan merempuh sebuah lagi kereta yang sedang bergerak di laluan yang betul,” katanya.

Tiada Kecederaan Dilaporkan Dalam Insiden Remaja Pandu Lawan Arus

Tambah Nik Aminuddin, kemalangan berkenaan menyebabkan kerosakan pada ketiga-tiga kenderaan terbabit namun tiada kecederaan dilaporkan.

“Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan membabitkan mana-mana pihak.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya, manakala siasatan lanjut masih dijalankan,” jelasnya.

Polis Nasihat Ibu Bapa Pantau Aktiviti Anak & Tak Benarkan Memandu Jika Bawah Umur

Pada masa sama, Nik Aminuddin menasihatkan ibu bapa dan penjaga agar memantau aktiviti anak serta tidak membenarkan mereka yang di bawah umur memnadu kenderaan.

“Tindakan tersebut bukan sahaja melanggar undang-undang, malah boleh membahayakan keselamatan pemandu serta pengguna jalan raya yang lain.

“Polis turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini dan menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada pihak polis,” katanya, lapor Sinar Harian.

Sebelum ini, tular di media sosial video yang memaparkan orang ramai menahan serta memarahi remaja terbabit dan cuba menghalangnya dari terus bergerak.

Memetik Malaysia Gazette, kereta Atos itu dipandu remaja berkenaan dari sebuah rumah ibadat tanpa diketahui sesiapa sebelum dia dipercayai melanggar dua kenderaan serta tiang di antara dua gerai dan dihalang oleh orang ramai.

Baca Artikel Berkaitan: Tular Kanak-kanak 12 Tahun Pandu Kereta Siap Bawa Adik, Polis Ambil Keterangan Bapa

Baca Artikel Berkaitan: 5 Maut Dirempuh Kereta Dipandu Remaja 16 Tahun Tiada Lesen

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved