Remaja 15 Tahun Disambar Buaya Ketika Menjala Udang Di Samariang Aman

23 Dec 2023 • 6:56 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Remaja lelaki tingkatan tiga disambar buaya di Kuching

Remaja 15 Tahun Disambar Buaya Ketika Menjala Udang Di Samariang Aman. Dipetik daripada laman media sosial media tempatan, seorang remaja berusia 15 tahun dilaporkan telah disambar buaya di sungai Taman Samariang Aman 2, Kuching.

Kejadian tersebut baru sahaja berlaku petang hari ini di mana mangsa dikatakan disambar buaya ketika sedang menjala udang.

image is not available
Remaja 15 Tahun Disambar Buaya Ketika Menjala Udang Di Samariang Aman

Empat sekawan menjala udang

Dalam video live yang telah dikongsikan oleh Sarawak Edition tersebut, dikatakan terdapat empat sekawan yang sedang menjala udang di Sungai Taman Samariang.

Namun aktiviti empat sekawan tersebut bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka disambar buaya dan telah diheret buaya berkenaan ke dalam sungai.

image is not available

Mangsa dari kampung Moyan Laut

Mangsa yang telah disambar tersebut merupakan seorang remaja lelaki tingkatan tiga dan berasal dari Kampung Moyan Laut, Asajaya.

Pihak bomba dan juga pihak berkuasa telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

Laporan lanjut bakal menyusul.

Lagi berita terkini di sini:

https://www.iloveborneo.my/mayat-bayi-ditemui-dengan-nota-di-pusat-beli-belah-kota-kinabalu/

https://www.iloveborneo.my/jpj-sarawak-ops-perayaan-krismas-2023/