Remaja 15 Tahun Ditahan Selepas Tular Kes Curi Barangan di Pasar Raya

LocalPolitics
14 Jul 2025 • 11:28 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Remaja 15 Tahun Ditahan Selepas Tular Kes Curi Barangan di Pasar Raya

Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang tular selepas dipercayai mencuri barangan di sebuah pasar raya di Pusat Perniagaan Bandar Seri Jempol telah ditahan pihak polis pada Ahad.

Remaja hadir ke balai polis bersama ibu bapa

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Norhisham Mustapar berkata, suspek hadir ke balai polis sekitar jam 1 petang bersama ahli keluarganya sebelum ditahan untuk siasatan lanjut.

image is not available

Foto: FB info.semasa

Insiden itu mula mencuri tumpuan selepas satu rakaman video berdurasi tiga minit 44 saat dimuat naik ke media sosial pada Sabtu, memaparkan remaja terbabit ditahan oleh kakitangan pasar raya kerana disyaki mencuri.

“Hasil pemeriksaan terhadap beg yang dibawa suspek menemukan dua peket sos lada hitam dan dua peket mayonis tanpa resit pembayaran, dengan anggaran nilai barangan sebanyak RM41,” katanya.

Menurut Norhisham, sepasang suami isteri yang mengaku sebagai ibu bapa suspek turut hadir ke lokasi dan merayu agar anak mereka dilepaskan.

Namun berlaku sedikit pergelutan dengan pengawal keselamatan sebelum ketiga-tiganya melarikan diri menaiki sebuah kenderaan jenis Toyota Avanza.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

image is not available

Foto: FB info.semasa

Selain itu, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1995 kerana mencetuskan keadaan tidak aman, yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100.

Remaja berkenaan telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil, dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

Sumber: Sinar Harian (Norafiza Jaafar)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved