Syabu: Dua ditahan di Lahad Datu

LocalPolitics
14 Jul 2025 • 10:45 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Azmie Lim

LAHAD DATU: Polis menahan dua lelaki tempatan dan merampas lebih 10 gram bahan terlarang disyaki syabu dalam dua operasi berasingan di sini, Jumaat.

Pemangku Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Supt Jimmy Panyau berkata, suspek pertama berusia 44 tahun ditahan kira-kira jam 2.30 petang di Kampung Puyut selepas polis menemui dua paket plastik mengandungi bahan tersebut dalam milikannya.

“Dua paket itu mengandungi bahan seberat 5.51 gram. Suspek juga didapati positif menggunakan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Suspek kedua berusia 56 tahun pula ditahan kira-kira jam 6.20 petang di hadapan tandas awam di Jalan Kastam Lama selepas didapati memiliki 5.24 gram bahan yang sama. Dia juga didapati positif amphetamine dan methamphetamine.

Jimmy berkata, kedua-dua suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.