Remaja 15 Tahun Hadap 2 Pertuduhan Akibat Kemalangan Maut Ragut 5 Nyawa Di Stutong

14 May 2025 • 10:13 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kemalangan yang meragut lima nyawa melibatkan tiga buah kereta dan dua motosikal.

Remaja 15 Tahun Hadap 2 Pertuduhan Akibat Kemalangan Maut Ragut 5 Nyawa Di Stutong. Seorang remaja lelaki berumur 15 tahun dihadapkan ke muka pengadilan. Remaja ini bakal berdepan dua pertuduhan berikutan kemalangan tragis yang berlaku pada 14 Januari 2025 di Jalan Stutong Baru, Kuching kemalangan yang meragut lima nyawa melibatkan tiga buah kereta dan dua motosikal.

Kejadian menyayat hati itu berlaku sekitar jam 1.10 tengah hari. Empat orang mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak pada hari yang sama semasa menerima rawatan. Pihak berkuasa mengesahkan bahawa siasatan telah dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Setelah siasatan selesai, kertas siasatan telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara di Putrajaya untuk tindakan lanjut.

image is not available

Dua Pertuduhan Menanti Remaja

Menurut keputusan Jabatan Peguam Negara, remaja tersebut akan didakwa atas dua kesalahan utama:

  1. Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 – Menyebabkan kematian kerana memandu secara melulu atau membahayakan.
  2. Seksyen 39(1) akta yang sama – Memandu kenderaan bermotor walaupun masih di bawah umur 16 tahun.

Pertuduhan ini bukan sahaja membawa implikasi berat kepada remaja itu, malah turut menimbulkan persoalan terhadap tanggungjawab penjaga.

Bapa Remaja Juga Didakwa

Bapa kepada remaja berkenaan, yang berusia lingkungan 35 tahun, turut dikenakan pertuduhan di bawah Seksyen 33(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Kesalahan beliau ialah gagal menjalankan tanggungjawab sebagai penjaga yang sepatutnya memastikan kawalan dan pemantauan terhadap anaknya, khususnya dalam hal melibatkan keselamatan awam.

Isu Pengawasan & Tanggungjawab: Siapa Yang Bertanggungjawab?

Kes ini membuka lembaran penting dalam perbincangan awam tentang pengawasan ibu bapa dan kesedaran keselamatan jalan raya. Ia juga menjadi pengajaran besar kepada masyarakat bahawa kelalaian dalam mengawal anak di bawah umur daripada memandu boleh membawa akibat yang sangat dahsyat—bukan sahaja kepada mereka, malah kepada orang lain.