Remaja 17 Tahun Calon SPM Meninggal Dunia Akibat Dilanggar Lari, Pegawai Kanan Polis Ditahan

16 Dec 2023 • 10:48 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang remaja 17 tahun yang juga merupakan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut akibat dilanggar lari oleh sebuah kereta berdekatan dengan sekolah mangsa iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Jati, Meru, Ipoh petang semalam.

Memetik laporan Astro AWANI, pelajar sekolah berusia 17 tahun itu sedang menunggang motosikal untuk pulang ke rumah selepas waktu persekolahan ketika kejadian berlaku dan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

image is not available

Difahamkan, mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie turut diseret selepas dilanggar oleh kereta berkenaan.

Difahamkan juga, individu yang melanggar mangsa merupakan seorang pegawai polis dari Kontinjen Kedah dan suspek telah ditahan untuk membantu siasatan polis.

Menurut laporan Berita Harian, suspek yang melanggar mangsa dikatakan tidak berpuas hati dengan mangsa yang membuat bunyi bising dengan ekzos motosikalnya.

image is not available

Pemandu kereta berkenaan juga dikatakan telah mengejar mangsa yang menaiki motosikal sejauh lebih kurang satu kilometer sebelum melanggar mangsa.

Allahu…. Semoga kes ini akan mendapat keadilan yang sepatutnya.

Sumber: Astro AWANI

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.