Remaja 17 tahun ditahan kes amang seksual rakan sebaya

28 Jun 2026 • 3:56 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Remaja 17 tahun ditahan kes amang seksual rakan sebaya
Mohd Rozaime

BESUT – Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun bagi membantu siasatan kes amang seksual membabitkan seorang remaja perempuan sebaya di daerah ini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut pada awal pagi tadi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa yang juga berusia 17 tahun dipercayai mengenali suspek yang merupakan rakan sebayanya.

"Bertindak atas laporan yang diterima, pihak polis telah menahan suspek bagi membantu siasatan.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Mengulas lanjut, Mohd Rozaime menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan siasatan pihak berkuasa.

Katanya, tindakan sedemikian juga dibimbangi akan mengganggu privasi pihak yang terlibat dalam kes berkenaan.

"Polis turut menasihati ibu bapa dan penjaga agar sentiasa memantau pergerakan serta penggunaan media sosial anak-anak secara lebih tegas dan berterusan.

"Langkah ini penting bagi mengelakkan mereka daripada terdedah kepada pengaruh serta pergaulan yang berisiko," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved