Remaja 19 tahun didakwa edar 206.68 gram MDMA

24 Sep 2026 • 4:11 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Remaja 19 tahun didakwa  edar 206.68 gram MDMA

Kota Kinabalu: Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan mengedar dadah jenis 3,4-Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 206.68 gram.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada Jack Goh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Marilyn Kelvin.

Goh didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan sebuah kedai di Asia City pada jam 2.30 pagi, 18 September lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama dengan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dijatuhi hukuman mati, sebatan tidak kurang daripada 12 kali jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 19 Oktober depan untuk sebutan semula kes dan memerintahkan Goh terus direman sementara menunggu pelupusan kes.

Timbalan Pendakwa Raya, Akaash Singh mengendalikan pendakwaan.

Sementara itu dua lelaki mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki lain.

Sudirman Suwardi, 26, dan Johan Jahari, 24, membuat pengakuan itu masing-masing di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus selepas pertuduhan dibacakan.

Kedua-dua tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan terhadap lelaki berusia 25 tahun pada jam 10.30 malam, 7 Januari lalu di Padang Kontena, University Apartment 1, Jalan Sulaman.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu bersama dua lagi individu yang masih belum dikenal pasti dan dibicarakan.

Kes mereka akan disebut semula pada 26 Oktober depan manakala kedua-duanya dibebaskan dengan ikat jamin RM3,000 setiap seorang dengan dua penjamin tempatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved