Guru Wanita ‘Kantoi’ Jalin Hubungan Terlarang Dengan Pelajar, Siap Bawa ‘Check In’ Hotel

24 Sep 2026 • 3:35 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft guru jalin hubungan terlarang

Seorang guru wanita didakwa menjalinkan hubungan terlarang dengan pelajarnya, perkara ini terbongkar selepas keluarga remaja berusia 17 tahun dan pihak sekolah menemui video mereka.

Hubungan mereka dikatakan telah terjalin sejak tahun lalu, mereka didakwa sudah beberapa kali ‘check-in’ hotel di Seri Kembangan dan berjumpa di kediaman guru berusia 30-an itu.

Artikel berkaitan : Isteri Anggota Tentera Sarat Hamil 8 Bulan, Suami Sibuk Jalin Hubungan Cinta Dengan Guru

Artikel berkaitan : Seorang Guru Lelaki Disiasat Polis Lepas Didakwa Ada Hubungan Dengan Murid Tahun 6

Menurut sumber, pelajar lelaki itu mendakwa pada mulanya guru tersebut mengajaknya keluar berjalan-jalan dan makan sebelum membawanya ke sebuah hotel di Seri Kembangan.

Lapor Berita Harian, guru wanita itu didakwa melakukan perbuatan seksual selain merakam kejadian tersebut menggunakan telefon bimbit.

guru

“Kejadian itu berlaku beberapa kali termasuk di kediaman suspek. Bagaimanapun perbuatan itu terbongkar Isnin lalu selepas pihak keluarga dan sekolah mengetahui mengenainya, termasuk menemui video yang dirakam.”

Berikutan itu, pihak sekolah dikatakan telah membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya dan susulan itu, polis telah menahan guru wanita berkenaan di sekitar Bandar Kinrara pada 10.30 malam, Isnin lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sumber : Berita Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved