Remaja Ceritakan Kembali Pengalaman Selamatkan Bayi Dibuang Di Kawasan Tong Sampah

Entertainment
22 Aug 2022 • 3:47 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Walaupun banyak pertolongan dan kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan mahu pun swasta bagi membendung kes pembuangan bayi, isu ini masih tetap berterusan sehingga ke hari ini.

Macam baru-baru ni, tular satu video menunjukkan sekumpulan pelajar telah menyelamatkan seorang bayi perempuan baru lahir dan masih bertali pusat dibuang di kawasan tong sampah.

Menurut mStar, salah seorang pelajar Nisa yang juga merupakan mahasiwa di Universiti Pendidikan Sultan Idris telah kongsikan detik cemas mereka ketika cuba selamatkan bayi yang masih bertali pusat dan diselaputi dengan kesan darah dan air ketuban.

Pada ketika ini kami sedang bekerja secara sambilan. Sekitar pukul 9 pagi hari kejadian, kawan saya (Malani) dapat panggilan daripada seorang kawan kami yang sudah pergi kerja seawal 8 pagi.

“Dia beritahu suruh turun dan bantu sebab ada orang buang bayi. Kawan saya tak dapat tolong sebab dia sorang je jaga kedai, tak boleh tinggal jadi kami pun bergegas ke tempat kejadian.

“Apabila sampai dan tengok memang ada bayi dekat kawasan tong sampah. Jadinya Malani terus hubungi 999 untuk laporkan kes.”

Nisa turut mengatakan, keadaan bayi tersebut ketika ditemui kelihatan sangat lemah dan nampak sejuk sehinggakan pergelangan tangannya kelihatan kebiru-biruan.

Bukan tu je, bayi ini turut dihurungi 20 ekor lalat dan semut ketika ditemui.

Kami tak tahu bila dia ditinggalkan tu tapi kami tak sentuh dengan tangan kosong sebab tak nak kacau bukti. Kami guna kain alas saja pegang dia sementara tunggu polis.”

Tambahnya lagi, bayi tersebut kini sedang dirawat di hospital dan dapat tahu dia berada dalam keadaan sihat dan tak ada cacat cela mahu pun penyakit.

Dengar cerita juga ada yang dah ambil baby ni jadi anak angkat. Tak tahu betul ke tak… Apa apa pun, min kagum dengan tindakan pantas semua pelajar-pelajar ni. Panik tau!

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.