
Kota Kinabalu: Seorang remaja berusia 18 tahun didakwa merogol seorang remaja perempuan yang dikenalinya menerusi media sosial TikTok.
Remaja itu mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim, terhadap pertuduhan dihadapinya pada Jumaat.
Dia didakwa merogol remaja perempuan berusia 15 tahun tujuh bulan itu pada tengah malam 31 Julai tahun ini di dalam sebuah kereta yang diletakkan di kawasan Kg Petagas, Putatan.
Kesalahan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
SPONSORED CONTENT Hajiji says young business professionals' inputs needed to develop Sabah Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said he welcomed inputs from young business professionals to assist in policy formulation. Read more Mahkamah menetapkan 9 Sept untuk sebutan semula dan memerintahkan remaja itu direman sementara menunggu tarikh tersebut.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya DK Afiqah Alya tidak menawarkan jaminan kepada remaja itu atas alasan dia tidak mempunyai sebarang dokumen.
Sementara itu, remaja yang tidak diwakili peguam itu mendakwa dia mempunyai dokumen JKM dan akan mencari peguam untuk mewakilinya.
Dia memaklumkan mahkamah bahawa dia mengenali gadis itu melalui aplikasi TikTok.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


