Remaja dikhuatiri lemas ketika memancing bersama rakan

9 Jul 2025 • 7:48 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota bomba melakukan operasi SAR di kawasan sungai di mana mangsa dipercayai terjatuh. Gambar kecil: Muhammad Isyraf Danish Razmi

KUANTAN - Seorang remaja dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ketika memancing bersama tiga rakannya di sungai berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Talam, Indera Mahkota di sini pada Selasa.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, mangsa yang hilang dikenali sebagai Muhammad Isyraf Danish Razmi,15.

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian jam 8.21 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Indera Mahkota ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

"Kerja-kerja pencarian mangsa menggunakan teknik pencarian di permukaan di sekitar lokasi kejadian," katanya.

Beliau berkata, setakat ini mangsa belum ditemui dan operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved