Remaja dipercayai dikelar ditemui dalam tandas

7 May 2026 • 6:14 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Remaja dipercayai dikelar ditemui dalam tandas
Seorang remaja perempuan ditemukan berlumuran darah dengan kecederaan di bahagian leher dipercayai dikelar dalam kejadian di dalam tandas.

PENAMPANG - Seorang remaja perempuan ditemukan berlumuran darah dengan kecederaan di bahagian leher dipercayai dikelar dalam kejadian di dalam tandas di Kampung Tuntuluk, di sini pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa berusia 16 tahun itu turut ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata, pihaknya ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut pada jam 12.35 tengah hari.

"Mangsa yang merupakan warga asing ditemukan dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di dalam tandas tengah hari tadi.

"Mangsa yang tidak sedarkan diri itu mengalami kecederaan di bahagian leher dan kini masih menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI), Kota Kinabalu," katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, pihak polis sedang mengesan seorang lelaki berusia 30-an bagi membantu siasatan kes terbabit.

"Kes masih dalam siasatan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kanan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, Asistan Superintenden Hairie Awang di talian 0168032849.

"Kenyataan media perkembangan kes ini akan dikemas kini dari masa ke masa dan orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak menyebarkan sebarang maklumat palsu atau spekulasi yang boleh menganggu gugat ketenteraman awam serta menjejaskan siasatan polis," tegasnya.