Wanita Ditemukan Maut Di Kondominium

6 May 2026 • 7:36 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Wanita Ditemukan Maut Di Kondominium

KUALA LUMPUR - Seorang wanita berusia 34 tahun ditemukan maut di sebuah kondominium di Kepong Central, hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan dari Hospital Selayang.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati tiada kecederaan luaran atau tanda pergelutan pada tubuh mangsa.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan bedah siasat dari Hospital Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih atau membuat sebarang spekulasi berhubung kes itu kerana boleh mengganggu siasatan serta menjejaskan privasi keluarga mangsa.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Sub Inspektor Basir Ahmad di talian 017-2993747 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-6126 2222. - Getaran, 6 Mei 2026