Remaja ditemui lemas di Ranau

21 Aug 2024 • 4:02 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Clarence Dol

RANAU: Seorang remaja perempuan ditemui mati dipercayai lemas ketika mandi di sungai berhampiran Kampung Sungangon, di sini, pada Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau Ridwan Mohd Taib berkata, mayat remaja berusia 13 tahun itu ditemui sekitar jam 4.10 petang.

Beliau berkata mangsa ditemui penduduk kampung kira-kira 500 meter dari tempat dia dilaporkan hilang.

“Kami menerima laporan mengenai kejadian itu pada 4.37 petang dan mengerahkan pasukan ke tempat kejadian,” katanya, menambah mangsa telah diangkat oleh bomba untuk diperiksa pasukan perubatan.

SPONSORED CONTENT Hajiji says young business professionals' inputs needed to develop Sabah Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said he welcomed inputs from young business professionals to assist in policy formulation. Read more Menurut Ridwan, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan diserahkan kepada polis untuk tindakan susulan.

“Selepas memastikan tiada lagi bahaya, operasi ditamatkan pada jam 7.35 malam.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diketuai PBK II Becket Gumat, bersama tiga anggota dan sebuah jentera bomba,” katanya.

Sementara itu, Ridwan menasihatkan orang ramai di sekitar daerah ini supaya mengutamakan keselamatan pada setiap masa dan tidak melibatkan diri dalam aktiviti berisiko tanpa pengawasan rapi.

Beliau turut menasihatkan orang ramai di sini, khususnya ibu bapa, supaya sentiasa memerhati anak-anak yang gemar pergi berenang, terutama ketika cuaca panas sekarang.

“Kami tidak mahu kejadian serupa berlaku. Kanak-kanak mesti dipantau sepanjang masa, terutamanya di kawasan yang mempunyai risiko keselamatan tinggi.

“Ini juga peringatan kepada golongan remaja dan dewasa kerana kejadian seperti ini boleh menimpa sesiapa sahaja. Kita mesti mengutamakan keselamatan pada setiap masa,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.