
Kota Kinabalu: Seorang remaja perempuan ditemui maut selepas terjatuh dari sebuah kondominium di Residence Condominium, Inanam, pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Kasim Muda berkata mangsa merupakan seorang penduduk tempatan.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Menurutnya, Balai Polis Inanam menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 6.30 pagi daripada seorang pengawal keselamatan yang mendengar bunyi dentuman kuat, seolah-olah sesuatu jatuh ke atas sebuah kereta.
“Mangsa tinggal bersama keluarga angkatnya sejak kematian bapanya pada Mei 2024. “Penjaganya turut memaklumkan bahawa mangsa menunjukkan tanda-tanda kemurungan sejak kehilangan bapanya.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Semasa kejadian, penjaga menyedari mangsa mengunci diri di dalam bilik. “Setelah berjaya membuka pintu, mereka menemui kesan darah serta sebilah pisau di atas lantai,” katanya dalam kenyataan.
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Dr. Fatin Nadzirah Awang Damit dari Hospital Queen Elizabeth II. Kes diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut.





![[TERKINI] Polis Sahkan Kim Saeron Ambil Nyawa Sendiri](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)