Remaja ditemukan lemas dalam parit

11 Sep 2023 • 1:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota bomba menemukan mayat mangsa pada kedalaman tiga meter dalam parit di Ladang Seri Gading, Batu Pahat pada petang Ahad.

BATU PAHAT - Seorang remaja lelaki ditemukan lemas dalam parit di Jalan Ladang Genting Estate, Ladang Seri Gading, di sini pada Ahad.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Pahat, Pegawai Bomba Kanan II Ridwan Gembur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 6.24 petang.

Susulan itu katanya, 14 anggota dibantu dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta dua Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

"Tindakan operasi membuat pencarian secara 'surface searching' menemukan mangsa yang berumur 18 tahun pada jarak tiga meter dari tebing parit.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pada jam 7.45 petang.