Kanak-kanak jatuh dalam parit ditemukan lemas

11 Sep 2023 • 10:20 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang kanak-kanak empat tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam parit di belakang rumahnya di Felda Chiku 1, Gua Musang pada Ahad.

GUA MUSANG - Seorang kanak-kanak empat tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam parit di belakang rumahnya di Felda Chiku 1, di sini pada Ahad.

Pada jam 6.50 petang, mangsa, Muhammad Syahrul Darwish Mohd Mazuan, dijumpai dalam keadaan terbaring di padang bola yang terletak empat kilometer dari lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, kanak-kanak terbabit dipercayai dihanyutkan oleh arus deras.

"Siasatan awal mendapati kanak-kanak terbabit telah terjatuh ke dalam parit air.

"Usaha untuk mengesan mangsa telah dijalankan oleh pihak kami dengan bantuan penduduk," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut beliau, ketika ditemukan, mangsa telah tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di lokasi.

Ujarnya, siasatan pihak polis di tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah ke atas mangsa.

Choon Foo memberitahu, jenazah mangsa telah dibawa ke unit forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved