Remaja ditemukan lemas di Air Terjun Chamang

16 Jun 2023 • 3:10 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUANTAN: Remaja lelaki yang dilaporkan hilang semasa mandi di Air Terjun Chamang, Bentong semalam ditemukan lemas hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata mayat Muhamad Akmal Husni Mohamad Ridzuan, 19, ditemukan pada 9.52 pagi oleh anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA), kira-kira lima meter dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.

“Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Media semalam melaporkan mangsa yang merupakan pelajar pondok di Perak difahamkan menyertai aktiviti perkhemahan di kawasan air terjun itu bersama 14 pelajar selama empat hari bermula Rabu. -Bernama