Masyarakat maritim diingat guna jaket keselamatan: Maritim

12 Jun 2023 • 3:49 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Mangsa lemas yang ditemukan pada hari kedua Ops Carilamat dalam tragedi bot karam di perairan Sg Melayu, Pulau Sebatik Jumaat lalu didapati tidak memakai jaket keselamatan ketika berada di laut.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata, siasatan pihaknya mendapati perkara itu menyebabkan mangsa tidak dapat menyelamatkan diri dan membawa kepada kematiannya.

Justeru, beliau menasihatkan seluruh komuniti maritim, khususnya di daerah Tawau agar memakai jaket keselamatan sebagai langkah awal keselamatan semasa berada di laut.

“Perkara ini amat penting kerana sekiranya berlaku kemalangan laut, rakan-rakan atau komuniti maritim lain mempunyai masa untuk menyelamatkan mangsa,” tambahnya.

SPONSORED CONTENT Carlsberg Golf Classic 2023 Swings Back into Action: The Ultimate #NEXTGEN Golf Tournament Kuala Lumpur: – The Carlsberg Golf Classic (CGC) is back in June this year with the introduction of two digital golf legs to draw beginner golfers, who play off-course in indoor simulators, rebranding it as #NEXTGEN. Read more Jumaat lalu, seorang lelaki dikenali sebagai Abdul Rahim Kasil, 56, hilang, manakala, isterinya, Nurlina Aripin, 52, yang cedera di kaki berjaya diselamatkan penduduk setempat selepas bot dinaiki pasangan itu karam selepas berlaku perlanggaran dengan objek menyebabkan bot itu tidak dapat dikawal dan merempuh kawasan bakau.

Mangsa lelaki itu ditemukan pada hari kedua Ops Carilamat yang dikoordinasi APMM Tawau bersama pihak berkuasa lain apabila mayatnya ditemukan penduduk di muara SG Pukul, Pulau Sebatik sekitar jam 7.30 pagi.

Shahrizan ditemui media sempena Hari Kesedaran dan Keselamatan Maritim anjuran Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tawau di Persiaran Traulsen, pada Ahad.

Menurutnya, pihaknya mengambil ruang dan peluang mendekati masyarakat sempena penganjuran pertandingan lumba perahu naga anjuran Persekutuan Persatuan-Persatuan Cina Tawau di kawasan terlibat.

Ini kerana, katanya, program tersebut melibatkan banyak penyertaan daripada seluruh Tawau dan APMM mengambil kesempatan membuka gerai-gerai pameran dan menyediakan taklimat keselamatan di laut kepada para pengunjung.

Dalam pada itu, beliau mendedahkan sejak Januari sehingga 31 Mei tahun ini, APMM Zon Maritim Tawau melakukan 23 kes tangkapan atas pelbagai kesalahan, antaranya di bawah Akta Kawalan Bekalan, Akta Imigresen dan Akta Perikanan, termasuk penyeludupan pendatang asing tanpa izin (Pati).

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.