Remaja Kantoi Rakam Dalam Wayang, Video Permohonan Maaf Jadi Bahan Jenaka – “Cakap Apa Ni?”

Entertainment
3 Feb 2023 • 3:36 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai sebuah video memaparkan seorang wanita yang memarahi pekerja di sebuah panggung wayang apabila ditegur kerana ‘kantoi’ merakam filem yang ditonton.

Menerusi video tersebut, pekerja berkenaan telah meminta wanita itu untuk memadam rakaman video tersebut namun dia enggan berbuat demikian.

Malah, wanita itu turut mempersoalkan haknya sebagai penonton kerana sudah membeli tiket wayang.

Kenapa tidak boleh rakam? Saya bayar. Tak payah sibuklah. Jangan kacau saya.

Perkongsian video tersebut telah tular di laman Twitter sehingga mengundang kemarahan netizen dan rata-ratanya mengecam wanita berkenaan kerana melakukan perkara terlarang di dalam panggung wayang.

Susulan penularan video tersebut di media sosial, wanita itu tampil membuat permohonan maaf dan sekali lagi menjadi perhatian netizen.

Menerusi video tersebut, wanita itu memohon maaf namun seolah-olah tidak mengakui kesilapan sendiri.

Malah, netizen turut berpendapat wanita itu hanya melakukan permohonan maaf demi membela diri sendiri setelah dikecam teruk dan bukannya menyesali perbuatan tersebut.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 hari lalu

"Tak Sangka Awak Kerja Kedai Ni.." - Hina 'Ex Boyfriend' Kerja Kedai Serbaneka, Wanita Teruk Dikecam