Remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas motosikal jatuh dalam Sungai Padang Terap

10 Feb 2025 • 12:13 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

PENDANG: Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas motosikal ditungganginya terjatuh ke dalam sungai Padang Terap di Chegar dekat sini, petang ini.

Penolong Penguasa Bomba Muhammad Ezzat Emran Ezani berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada 7.16 malam dan sepasukan anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Pendang digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi kejadian terdapat sebuah motosikal jenis Modenas Kriss berada dalam sungai dan saksi kejadian mendakwa seorang mangsa lelaki anggaran berumur 17 tahun telah lemas.

“Tindakan menyelamat dengan menggunakan kaedah surface searching sedang dijalankan,“ katanya dalam kenyataan malam ini.

Muhammad Ezzat Emran berkata sehingga kini, operasi menyelamat masih diteruskan.