Remaja lelaki dikhuatiri lemas, motosikal jatuh sungai

9 Feb 2025 • 11:45 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

PENDANG, 9 FEB: Remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas motosikal ditungganginya terjatuh ke sungai Padang Terap di Chegar dekat sini, petang tadi.

Penolong Penguasa Bomba Muhammad Ezzat Emran Ezani berkata pihaknya menerima panggilan pada 7.16 malam dan sepasukan anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Pendang digerakkan ke lokasi.

“Setiba di lokasi kejadian terdapat sebuah motosikal jenis Modenas Kriss berada dalam sungai dan saksi kejadian mendakwa seorang mangsa lelaki anggaran berumur 17 tahun dipercayai lemas.

“Tindakan menyelamat dengan menggunakan kaedah surface searching sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Muhammad Ezzat Emran berkata sehingga kini, operasi menyelamat masih diteruskan.

– BERNAMA