Remaja Lelaki Ditahan, Disyaki Cabul Kanak-kanak Perempuan Di Masjid

LocalPolitics
21 Feb 2025 • 6:33 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Remaja Lelaki Ditahan, Disyaki Cabul Kanak-kanak Perempuan Di Masjid

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) — Polis menahan seorang remaja lelaki kerana disyaki mencabul kanak-kanak perempuan di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor, yang rakaman video kejadian tular di media sosial hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ahmad Faizal Tahrim berkata pihaknya menerima laporan berkaitan video yang tular di media sosial pada 8.19 pagi tadi.

“Susulan itu, lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap kanak-Kanak 2017, dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu esok untuk permohonan reman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian menghubungi balai polis terdekat atau Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-60651021.

Sementara itu, Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor Dr Mohammad Fahmi Ngah menerusi kenyataan media menyifatkan perbuatan berkenaan sebagai biadap dan tidak boleh diterima umat Islam, dan seolah-olah menggambarkan masjid sebagai tempat tidak selamat.

Beliau berkata pihaknya telah menyerahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan gambar kepada polis untuk siasatan lanjut.

Mohammad Fahmi turut menyeru pengunjung masjid untuk berwaspada dan membuat laporan segera kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku kejadian sama.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa video memaparkan seorang lelaki menyelinap masuk ke bahagian ruangan solat wanita di sebuah masjid di Batang Kali, Selangor sebelum memeluk seorang kanak-kanak perempuan dan membawanya keluar dari ruangan berkenaan.

Lelaki tersebut kemudiannya melarikan diri selepas mangsa melawan perbuatan itu.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved