Remaja Lelaki Lemas Di Sungai Semungkis

11 Oct 2024 • 9:08 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Remaja Lelaki Lemas Di Sungai Semungkis

KUALA LUMPUR (Bernama) — Seorang remaja lelaki ditemukan lemas ketika mandi-manda bersama 11 rakan di kawasan rekreasi di Sungai Semungkis, Hulu Langat, Selangor, semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian pada 4.56 petang, sebelum tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn beserta dua jentera digegaskan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, anggota bomba dimaklumkan terdapat seorang remaja lelaki berusia 15 tahun lemas dan tersepit di bahagian batu di lokasi kejadian.

“Kerja-kerja membawa naik mangsa kemudian dilakukan anggota bomba di lapangan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata remaja terbabit yang tinggal di Pandan Perdana di sini disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved