Remaja Maut Dipercayai Terjatuh Dari Tingkat 68 Komtar

24 Jul 2026 • 10:27 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Remaja Maut Dipercayai Terjatuh Dari Tingkat 68 Komtar

Remaja Maut Dipercayai Terjatuh Dari Tingkat 68 Komtar

GEORGE TOWN, 24 Julai (Bernama) -- Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 68 bangunan Komtar di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian itu pada 4.05 petang.

"Hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati mangsa ialah seorang lelaki tempatan berusia 18 tahun yang berasal dari kawasan Macallum. Mangsa ditemukan di atas bumbung aras enam bangunan Komtar dalam keadaan berpakaian lengkap.

"Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala selain hampir keseluruhan anggota badannya mengalami kecederaan serius akibat impak terjatuh dari tempat tinggi," katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian itu dan mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.

Baca juga:

Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (LMM) dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Sementara itu, Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang PgKB I Jamil Abdullah @ Othman berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lebuh Pantai digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada 4.17 petang bagi membantu menurunkan mangsa.

"Lima anggota naik ke bumbung untuk menurunkan mangsa menggunakan tali dan pengusung. Operasi agak mencabar berikutan keadaan bumbung yang licin selepas hujan, namun mangsa berjaya diturunkan pada 5.55 petang," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved