Remaja maut dirempuh lori di Pekan Nanas

20 Feb 2025 • 11:10 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun maut selepas dipercayai dirempuh sebuah lori dalam kejadian di Jalan Kampung Melayu Raya, Pekan Nanas, Pontian pada Rabu. Foto: IPD Pontian

image is not available
Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun maut selepas dipercayai dirempuh sebuah lori dalam kejadian di Jalan Kampung Melayu Raya, Pekan Nanas, Pontian pada Rabu. Foto: IPD Pontian

PONTIAN – Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun maut selepas dipercayai dirempuh sebuah lori dalam kejadian di Jalan Kampung Melayu Raya, Pekan Nanas di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

"Siasatan awal mendapati kejadian pada kira-kira jam 7.20 petang itu berlaku ketika mangsa dipercayai baru sahaja turun dari sebuah bas yang berhenti di bahu kiri jalan sebelum cuba melintas," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

**media[3015469]**

Bagaimanapun, sebuah lori jenis Hino yang datang dari arah sama tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa.

"Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pejabat Trafik IPD Pontian atau pegawai penyiasat, Inspektor Tong Siew Fen di talian 010-2090396.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.