
PAPAR: Seorang lelaki berusia 19 tahun maut akibat cedera parah selepas gagal mengawal motosikalnya sebelum bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di KM5, Jalan Bulatan Benoni – Ulu Kimanis, di sini, pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah DSP Kamaruddin Ambo Sakka berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3.10 pagi ketika mangsa dalam perjalanan menghala ke Keningau dari arah Papar.
Sebaik tiba di tempat kejadian, kata Kamaruddin, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya menyebabkan dia memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh sebuah Toyota Hilux.
“Pemandu terbabit tidak sempat mengelak kerana jarak yang sangat hampir, menyebabkan berlaku pertembungan pada bahagian hadapan kanan kenderaannya.
“Mangsa bersama motosikal terjatuh di permukaan jalan akibat rempuhan itu.
Mangsa kemudian dihantar ke Unit Kecemasan Hospital Papar untuk rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital,” katanya dalam kenyataan.
Kamaruddin berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
