Wanita maut dipercayai disengat tebuan ketika daki Bukit Gambir

16 Nov 2023 • 10:45 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

GEORGE TOWN, 16 NOV: Seorang wanita maut dipercayai akibat disengat tebuan ketika sedang mendaki di kawasan Bukit Gambir, di sini hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt V.Saravanan berkata dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa berusia 58 tahun tersebut meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

“Pihak polis menerima laporan daripada seorang doktor di HPP memaklumkan seorang wanita meninggal dunia dipercayai akibat disengat tebuan ketika mendaki di kawasan Bukit Gambir di sini.

“Proses bedah siasat akan dijalankan esok bagi mengetahui punca sebenar kematian wanita itu,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Terdahulu tular di media sosial video berdurasi kira-kira 10 saat beberapa individu memberi bantuan pernafasan (CPR) kepada mangsa yang terbaring dipercayai disengat tebuan ketika mendaki di kawasan Bukit Gambir.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved