Tak Sempat Jadi Imam, Dua Beranak Dalam Perjalanan Ke Masjid Maut Dirempuh

21 Mar 2025 • 1:12 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Perjalanan seorang pemuda untuk menjadi imam di masjid solat Isyak dan Tarawih dengan membonceng motosikal ditunggang bapanya tidak kesampaian apabila dua beranak tersebut maut dalam kemalangan di Jalan Kuala Terengganu – Kota Bharu, Kampung Padang Landak, Besut pada Khamis.

Dua beranak maut dirempuh

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, mangsa Mohd Nazri Mohd Nor, 59, bersama anaknya, 25, meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Difahamkan, kemalangan berlaku membabitkan dua kenderaan iaitu motosikal Honda EX5 dan Toyota Hilux yang dipandu seorang lelaki berusia 27 tahun.

image is not available

Foto: Media sosial

“Kejadian dipercayai berlaku semasa Toyota Hilux dari arah Jertih ke Padang Landak terlanggar motosikal Honda EX5 dari arah belakang.

“Ketika kejadian motosikal itu membuat pusingan U dan mengubah haluan ke lorong tengah untuk ke Masjid At-Taqwa, di kiri jalan,” katanya hari ini.

image is not available

Foto: Media sosial

Bagaimanapun, dua beranak berkenaan disahkan mangsa meninggal dunia sewaktu menerima rawatan di Hospital Besut, manakala pemandu Toyota Hilux tidak mengalami sebarang kecederaan.

Azamuddin berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, meninjau di media sosial, beberapa pengendali akaun Facebook ada berkongsi gambar mangsa dan menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga.

image is not available

Foto: FB Ikatan Muslimin Malaysia

Sumber: Harian Metro (Nurul Fatihah Sulaini)