Remaja melecur di kepala kebakaran rumah, tadika

13 Feb 2024 • 10:54 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan. Foto 123RF

JOHOR BAHRU - Seorang remaja lelaki melecur tahap dua pada bahagian kepala dalam kebakaran membabitkan dua rumah teres satu tingkat dan sebuah tadika di Jalan Ledang Taman Johor di sini, pada malam Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Timbalan Penguasa Bomba I Mohd Suhaimi Abdul Jamal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.25 malam sebelum 28 anggota dan jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 17 tahun sedang tidur, namun diselamatkan oleh orang awam.

"Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO), didapati kebakaran melibatkan dua rumah teres satu tingkat yang masing-masing hampir musnah dan terbakar sedikit manakala tadika (musnah 30 peratus) selain empat motosikal turut terjejas," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

"Mangsa kemudiannya diberi rawatan awal oleh anggota Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk rawatan lanjut," katanya menambah punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Operas ditamatkan sepenuhnya pada 10.46 malam Isnin. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved