Remaja mengaku salah rogol teman wanita usia 15 tahun

29 Sep 2026 • 4:41 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Remaja mengaku salah rogol teman wanita usia 15 tahun

TAWAU: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret pada Isnin kerana merogol teman wanitanya yang berusia 15 tahun di sebuah inap desa pada Julai lalu.

Remaja itu yang ditemani ibunya membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Don Stiwin Malanjum.

Dia didakwa melakukan kesalahan terhadap pelajar perempuan berkenaan di inap desa terbabit antara jam 3.30 petang hingga 6 petang, 22 Julai lalu.

Remaja lelaki terbabit didakwa mengikut Seksyen 375(g) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 376(1) kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 22 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula di Mahkamah Kanak-Kanak sementara menunggu laporan akhlak remaja berkenaan daripada Jabatan Kebajikan.

Remaja itu dibebaskan dengan jaminan RM300 dengan seorang penjamin tempatan sama ada ibu bapa atau ahli keluarganya.

Pegawai Pendakwa ASP Nur Intan Jamrin hadir bagi pihak pendakwaan, manakala remaja berkenaan diwakili peguam Jhassary P. Kang daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved