Remaja Meninggal Dunia Semasa Sertai Perlawanan Bola Sepak, Polis Dedah Hasil Bedah Siasat

9 Sep 2024 • 6:37 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
rumah kebajikan

Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang tiba-tiba rebah di padang bola disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Kajang.

Memetik laporan Harian Metro, ketika kejadian mangsa sedang beraksi perlawanan bola sepak di sebuah padang di Semenyih, Selangor.

image is not available

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, siasatan mendapati mangsa tiba-tiba rebah semasa perlawanan bola sepak separuh masa pertama.

Mangsa segera dibawa ke klinik berhampiran sebelum dihantar ke Hospital Kajang dan disahkan meninggal dunia pada 2.04 petang hari sama.

Jelas Naazron lagi, pihak polis menerima laporan mengenai kejadian daripada jurulatih kelab bola sepak disertai remaja itu pada 4.08 petang.

Beliau berkata, hasil bedah siasat oleh pakar perubatan mengesahkan mangsa mempunyai masalah jantung dan asma. Soal siasat juga mendapati mangsa menghidap asma sejak kecil namun tidak serius.

Berikutan insiden ini, semua pihak terutama ibu bapa dinasihatkan agar membawa anak masing-masing untuk pemeriksaan kesihatan sebelum menyertai apa-apa kejohanan atau menyertai aktiviti sukan.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro | Berita Harian